PELABURAN UNIT TRUST

Tuesday, August 7, 2007

APAKAH UNIT TRUST?

Merancang Kebebasan Kewangan anda Dengan Menggunakan Unit Amanah
"Nasib yang baik adalah hasil pertemuan peluang dan perancangan"
-Thomas Alva Edison
Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia sedar tentang kepentingan merancang untuk hari tua mereka. Oleh itu, tidak menghairankan ramai yang berusaha sedaya upaya untuk memanfaatkan pilihan-pilihan yang ada untuk meningkatkan tahap simpanan mereka.
Namun demikian, masih ramai lagi pencarum KWSP tidak sedar bahawa mereka juga layak menjadi pelabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP 1996. Di bawah skim ini, anda yang layak boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan KWSP anda dengan institusi-institusi pengurusan dana yang dilantik.
Apakah Itu Unit Amanah?
  • Skim pelaburan kolektif yang diuruskan secara professional dengan mengumpulkan wang anda bersama wang beribu-ribu pelabur lain.
  • Pakar pengurus pelaburan akan melabur bagi pihak anda
  • Untuk jumlah sekurang-kurangnya RM1,000, anda boleh mendapat kuasa belian bersamaan berjuta-juta ringgit
  • Ini bermakna anda boleh menikmati manfaat sebuah portfolio yang pelbagai dan meluas.

CADANGAN DAN TIP PELABURAN UNIT TRUST
Untuk menjadi pelabur unit trust yang bijak, anda perlu :
1. Mengetahui dan memahami ilmu pelaburan unit trust dengan sebaik-baiknya.


2. Memilih dana unit trust yang memenuhi keperluan pelaburan anda. Prestasi dana-dana unit trust boleh diketahui melalui laporan The Standard & Poor dan juga The Edge Lipper. Bagi penganut agama islam, anda dicadangkan untuk melabur di dalam dana-dana unit trust berprestasi yang berteraskan syariah islam.


3. Memilih syarikat pengurusan unit trust yang terbaik dan berwibawa. Kami mencadangkan agar anda melabur di Syarikat Unit Trust No.1 di Malaysia iaitu Public Mutual kerana prestasinya yang amat mantap dan memberangsangkan, tambahan pula ia telah menerima 30 anugerah pengurusan dana unit trust terbaik sepanjang tahun 2006.

4. Dan anda juga perlu mempunyai perunding unit trust yang berkebolehan sebagai rujukan di dalam pelaburan unit trust anda.

5. Untuk memaksimumkan pulangan pelaburan unit trust anda, anda perlu melakukan switching berdasarkan pasaran unit trust semasa. Sekiranya anda tidak tahu bagaimana melakukannya, anda boleh meminta bantuan perunding unit trust anda.

CARA-CARA MEMBUAT PELABURAN UNIT TRUST :

1. Dengan wang tunai – Minimum RM1000

2. Dengan cek – Minimum RM1000

3. Dengan KWSP – Akaun 1 mestilah sudah melebihi RM50k, lebihan daripada
RM50k, hanya 20% boleh dilaburkan.

Contoh pengiraan :
Akaun 1 KWSP : RM100,000
- RM 50,000
----------------
Baki RM 50,000
----------------
Hanya 20% daripada jumlah baki (RM50,000) boleh dilaburkan iaitu :
RM10,000
Bagi pelabur melalui KWSP, anda boleh menambah pelaburan anda setiap 3 bulan
selagi Akaun 1 KWSP anda masih melebihi RM50k.
* Anda boleh melabur terus ke syarikat pengurusan unit trust atau menggunakan
khidmat perunding unit trust untuk membuat urusan bagi pihak anda.
* Anda juga tidak perlu membayar apa-apa bayaran sekiranya menggunakan
khidmat perunding unit trust.
* Anda boleh menyemak baki akuan 1 KWSP anda di mana-mana cawangan
KWSP berdekatan atau anda juga boleh mendapatkan bantuan kami dengan
segera.
Sila Hubungi Untuk Maklumat Lanjut:
Hasrol Amri (Perunding Unit Amanah Berdaftar)
012-2592759

Copyright © 2006 Designed by FinalSense